Bazir.....
>SALAM RAMADHAN, SALAM MUHIBBAH, SALAM SEJAHTERA, hehe,,,,bnyak salam nih,,,ni la menunjukkan kite x membazir menggunakan perkataan salam ni erm mcm pelik je hehe,,,,,,

...ELHAMDULILLAH asykuruka yaa rabb, Masih kita dlm ramadhan ,,,,,,dan, masih kite bnyak terdegar perkataan "bazir" ni,,,lebih2 lg dlm ramadhan.... apakah Sang bazir itu???? ingat sy zaman muda2 dlu (time bdk2) kalu pose mcm2 nak mkn dan akhirnya makanan tu hanya ada mcm2 rupa sehingga sy x termakan ,,,owww ni laa name die membazir ea???? mmg membazir,,,,jadi akhir nya makanan tu jd tmpt utk memenuhkan ruangan tong sampah yg bermacam2 rupa,,,huhu,,,,membazir2,,,,,

...Tp ade lgi "bazir" ni dlm aspek lain,,,sy kemukakan apakah aspek itu menurut pandangan seorg ulama muktabar yg mengfokuskan "bazir" ni dgn pandangan beliau sendiri,,,,HEBAT!!!!!


Sembilan pembaziran tanpa disedari..........


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

1-- Ilmu pengetahuan.

Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2-- Amalan.

Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3-- Kekayaan.

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4--l Hati.

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5-- Tubuh badan.

Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6-- Cinta.

Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7-- Masa.

Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8-- Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9-- Zikir.

Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.....
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • MASA ITU EMAS

    TARIKH HIJRIAH

    ALUNAN BAHASA


    --- تحلّم عن الادنين واستبق ودّهم

    --- ولن تستطيع الحام حتى تحلّما

    --- ونفسك اكرمها فانك ان تهن عليك

    --- فلن تلقى لها الدّهر مكرما

    : berlemah lembutlah dengan kaum kerabat

    : dan kekalkanlah kasih sayang kepada mereka

    : kau tidak akan mampu berlemah lembut sehinggalah kau berlatih berlemah lembut

    : dan dirimu muliakanlah, seandainya kau hina dirimu

    : maka kau tidak akan jumpa sesiapa yg akan muliakan dirimu

    Followers