
1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas
kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan
, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika
kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang
lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka
lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan
kemenangan. Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan),
dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-
Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda
syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita
disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua
menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.
2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari
raya menzahirkan suasana kekuatan,
kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari
raya fitri dan adha; termasuk para gadis,
wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak
menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan
seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan.
Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke
tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai
suasana kemeriahan kaum muslimin.
3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla
(tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid
baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan
suasana gembira dan menggambarkan kepada
masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke
musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah
solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan
masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana
tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati,
atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai.
Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika
mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu
menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan
keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal
dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai
negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu
bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih
Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).
4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi
s.a.w mengizinkan atau menggalakkan
hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi
tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada
isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya
(rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di
sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai
kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath
(peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara
syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda:
“Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan
sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang
sebagai alatan muzik iringan nyanyian
mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan
pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya,
hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya
yang menimbulkan suasana kegembiraan
adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia
bertentangan dengan konsep hari raya dalam
Islam.
5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:
“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai
dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku
yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin
menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda
menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil
baginda berkata: “Teruskan wahai Bani
Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian
baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah
(jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”.
(Riwayat al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau
senda yang tidak melanggar syariat adalah
digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang
kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w
sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.
6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-
kanak atau dewasa pada hari raya seperti
permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat,
bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan
kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah
raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan
suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan
kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.
7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa
bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda
Nabi s.a.w:
“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang
kerana ia boleh mengingatkan kamu pada
hari akhirat” (Riwayat Muslim).
Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan
jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat.
Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia
membantu mengingatkan hari akhirat.
Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan
amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya
mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan
mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.
8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda
Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan
supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan
hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak
bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai
upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w
yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya.
Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari
raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah
menyanggahi tujuan hari raya.
9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan
berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a
berkata:
“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat
al-Bukhari).
Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza.
Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang
ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan
dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi
menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.
10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi
untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para
sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah
minna wa minka(semoga Allah menerima
amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356).
Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi
mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan
kedukaan.
11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan
kesyukuran, bukan hari kesedihan.
~~~~~~(SAJE JE WAT JARAK2,,,,SENANG SKIT NK BACE KAN2.....OLEH ITU (DGN INI)~~~~~~~~~
SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PD PEMBACA2 SEKELIAN
--TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM----
Post a Comment