Pergelutan

Sudah menjadi lumrah insani, adalah suatu hal yg pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yg dahsyat yg menentukan apakah ia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yg seiras manusia. Itulah peperangan antara rayuan halus syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran.


Memang, sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan. Bersama berjuta jeritan. Menanti suatu kepuasan. Dunia ini menawarkan kenikmatan, kaki hendak kemana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bertarung. Berebut menguasai diri. Tapi, hendak ikut siapa? Demikianlah pergelutan itu berlaku.

Kedua-dua belah pihak bertarung dlm kancah peperangan, iaitu hati. Jika si iblis yg mencapai kemenangan, manusia akan hilang kemanusiaannya. Dan apabila agama yg menguasai diri , dia akan menjadi manusia yg luhur, arif dan berakhlak.

Satu antara tipu daya yg sering dilakukan oleh iblis dan syaitan adalah mencantikkan kemungkaran dan kekejian. Sekiranya manusia sukakan arak, dikaitkan arak itu dgn kesihatan jantung. Maka sekiranya kaum wanita suka mendedahkan tubuh badan, dikaitkan pula dgn perbuatan itu dgn kemajuan dan kebebasan. Allah SWT menjelaskan bermaksud -" Dan ketika syaitan mencantikkan bg mereka perbuatan mereka dan dia berkata, "Tidak ada seorang pun yg dpt mengalahkan kamu pada hari ini dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu-" (surah al-anfal ayat 48)

Setiap kemaksiatan yg dilakukan oleh seseorang bagaikan bintik2 hitam yg mengotori si hati lantas mengeraskannya. Semakin ia berani melakukan maksiat, pengaruh iblis di dalam jiwanya bertambah kuat. Dan si iblis mengibarkan bendaranya. Maka itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yg berbahaya namun tidak dpt dirasai. Penyakit yg sukar ditemukan doktornya, penyakit yg dpt menghantarkn seseorang ke NERAKA!!!!!!! -"wana'uzubillah"- Kerana itulah azam iblis utk merosakkan bani adam sehingga dpt mencampakkan manusia ke lembah kehinaan. Azam ini dirakamkan oleh ALLAH SWT dlm surah al-A'raf ayat 16 -17, yg bermaksud,
-"Berkata iblis, "kerana kamu sudah menghukum aku sesat, aku benar2 akan menghalang mereka drpd jalanmu yg lurus. Kemudian aku mendatangi mereka dr hadapan dan belakang, dari kanan dan kiri dan kamu akan mendapati tidak ramai daripada mereka yang bersyukur-"



INGAT! SESUNGGUHNYA DALAM JASAD MANUSIA ADA SEGUMPAL DARAH. JIKA IA BAIK, BAIKLAH JASAD SELURUHNYA, JIKA IA ROSAK, MAKA ROSAKLAH JASAD SELURUHNYA. INGAT!!!!! ITULAH HATI

(hadis dilaporkan oleh Bukhari & Muslim)
BERSIH DARI PENGARUH LAIN
Maka dibersihkan jiwa manusia tadi drpd pengaruh yg lain, Fitrah manusia merasai adanya Maha Kekuasaan. Tetapi dia tidak tahu dimana jalannya. Selama ini disembahnya apa yg ditakutinya atau dipandangnya berpengaruh berfaedah pd nya. Dipuja nya roh dr nenek moyang nya, atau matahari, bulan, atau seorang manusia yg besar jasanya. Lalu mereka membuat arca2 @ patung dgn tangan mereka sendiri dan itu mereka sembah. Datang pula pendeta, dukun, individu yg mengaitkan mereka adalah jelmaan tuhan @ dpt berhubung dan bergabung dgn yang maha kuasa. Sebab itu mereka yg menentukan ibadat dan pemujaan, sehingga kepercayaan Fitrah yg suci itu dikotori oleh sesama manusia. Keadaan ini melanjut lg, sehingga kepala2 itulah yg menjadi org perantaraan diantara makhluk dgn tuhan. Ini hanya berlaku apabila manusia itu masih dlm kongkongan kejahilan dan kesempitan berfikir dlm serta dlm kedunguannya. Kadang2 lebih merumitkn lg apabila Kepala2 jahil ini menjadi kepala masyarakat, lebih parah menjadi kepala negara. Maka mengakulah mereka dgn bangga dlm kedunguan yg bahawasanya mereka adalah jelmaan tuhan yg turun ke bumi ini. Segala perintah yg mereka keluarkan adalah perintah tuhan walaupun perintahnya agak melampaui fikiran yg normal sebagai manusia, maka tidak sekali2 dibantah atau dibangkang. Sebab itu sewenang2 timbul sendirinya pemerintahan (pemerintahan langit) sbg cth. Kehormatan diri individu pengikutnya, harta benda, tujuan hidupnya, hanya boleh ditentukan dan di kekang oleh kehendak yg berkuasa td. Yang kuat naik, yg lemah tetap tertindas. Maka mundurlah kemanusiaan itu, surut kebelakang dgn kegelapan. Maka dgn ajaran TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, tidak dia berserikat dgn yg lain, bebas la jiwa manusia itu dan berkembanglah peribadinya, terus menuju hidup yg murni suci. Inilah yg di namakan TAUHID, yaitu menyatukan kepercayaan. Tidak terbahagi dgn yg lain. Alam seluruhnya diatur oleh SATU pengatur, menurut SATU aturan. Segala yg ada ini tertakluk kpd hukum2 yg SATU. Umat manusia pun satu adanya, sama2 makhluk yg diberi oleh ALLAH akal dan fikiran. Tidak ada kelebihan seseorang dgn yg lain, melainkan dengan teguh kepercayaan dan taqwanya kepada ALLAH AZZAWAJAL yg maha ESA.
Labels: 0 comments | edit post
  • MASA ITU EMAS

    TARIKH HIJRIAH

    ALUNAN BAHASA


    --- تحلّم عن الادنين واستبق ودّهم

    --- ولن تستطيع الحام حتى تحلّما

    --- ونفسك اكرمها فانك ان تهن عليك

    --- فلن تلقى لها الدّهر مكرما

    : berlemah lembutlah dengan kaum kerabat

    : dan kekalkanlah kasih sayang kepada mereka

    : kau tidak akan mampu berlemah lembut sehinggalah kau berlatih berlemah lembut

    : dan dirimu muliakanlah, seandainya kau hina dirimu

    : maka kau tidak akan jumpa sesiapa yg akan muliakan dirimu

    Followers