Showing posts with label Mau3izah. Show all posts
Showing posts with label Mau3izah. Show all posts
Tentang penghinaan terhadap Islam
GUANE KITE?? HEHE,,, NI SATU LAGI KOI RASE PERLU DI 'SHARE' BERSAMA KOI BUKAN PRO MANE2 TP ADE YG TERSIRAT APE YG DR RIDHUAN TEE KABO NI,, MOH KITE MEMBACA... X MBOH KOMEN2 YG BERBAUR KUTUKAN,,, BE A PROFESSIONAL ..

Tentang penghinaan terhadap Islam

(Sinar Harian 20 Feb 2012)

Saya berkeyakinan bahawa orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu mempunyai hasrat untuk dipilih menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum 13, bukan kerana percaya kepada dasar parti tersebut. Almaklum sahajalah ultra kiasu sedang mencari calon-calon Melayu yang boleh diperalatkan dan ditonjolkan, bagi membuktikan bahawa mereka bukan lagi parti perkauman tetapi parti berbilang kaum. Perjuangan mereka bukan ‘Chinese first’, tetapi ‘Malaysian first’. Untuk memenuhi nafsu serakah mereka itu, maka muka-muka Melayupun dicari, terutama Melayu yang kontroversi dan mempunyai sedikit pengaruh. Malangnya, Melayu-Melayu ultra ini masih tidak sedar diri. Mementing kuasa daripada masa depan agama, bangsa dan negara. Cuba tanya parti ultra kiasu ini, apakah mereka sudah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia ataupun Chinese first?

Justeru itulah, Melayu sepatutnya menjauhi parti perkauman ini yang boleh mengancam masa depan Islam, Melayu dan Raja. Orang Melayu tidak ada pilihan lain, melainkan sama ada memilih altenatif parti yang didominasi oleh umat Islam, antara PAS dan UMNO. Jika UMNO bukanlah pilihan, sekurang-kurang pilihlah PAS. Matlamat PAS jelas, walaupun dalam usaha mencapai matlamat itu masih samar, kerana terlalu banyak berpolitik dengan ultra kiasu sehingga tergadai prinsip. PKR tidak boleh diharapkan sangat, mereka ini orang yang kecewa dengan UMNO. Perangai dan perwatakan mereka tidak banyak beza.

Bekas wartawan Melayu yang baru menyertai parti ultra kiasu sejak 21 Januari lalu berhujah, sejak bersekongkol dengan parti itu, beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Misalnya, solat berjemaah di masjid, menghadiri kenduri kahwin jiran dan berterusan memberi sedekah pada malam Jumaat selepas bacaan Yasin dengan menyediakan juadah untuk jemaah. Nampak sangat hujah beliau seperti budak tidak bersekolah, tidak mencerminkan kewartawannya. Ilmu Islamnya amat cetak. Islam baginya sekadar solat dan baca yasin. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup.

Saya syorkan Melayu ultra kiasu ini menyertai PAS jika terlalu kecewa dengan UMNO. Paling tidak, akan meningkat juga ilmu pengetahuannya mengenai Islam. Maaf, saya tidak menyentuh UMNO sebab pada bekas wartawan ini, UMNO dilihat terlalu hodoh, walaupun sebelum itu, beliau sendiri bekerja mencari rezeki anak isteri di bawah akhbar yang didakwa milik UMNO itu. Apabila sudah kecewa dan bercerai, semuanya buruk. Inilah perangai segelintir Melayu yang amat saya bimbang. Bila bercerai talak tiga, segala pekung di dada dihemburkan, sedangkan Islam melarang melakukan sedemikian. Sehingga sampai ke peringkat yang buruknya orang Islam, yang baiknya ultra kiasu yang bukan Islam.

Terbaharu, ultra kiasu menghina nasihat pemimpin-pemimpin Islam yang melarang umatnya menyambut hari kekasih atau valentine day. Pada mereka yang suka berzina ini, apakah salahnya dengan hari kekasih? Hari kekasih pada mereka begitu murni kenapa harus ditentang? Jawapan saya, hari kekasih tidak salah, tetapi berkasih-kasih sebelum nikah ketika hari kekasih, itu yang salah. Maka kuserahkanlah segala-galanya, jiwa dan raga. Akhirnya, yang menjadi mangsa orang Melayu. Ultra kiasu tidak menjadi mangsa, kerana mereka pandai makan, pandai simpan. Tidak nampak perut membuncit kerana telah dikempiskan awal-awal.

Sedangkan orang Melayu tidak ada keupayaan melakukan sedemikian, kerana agama melarang menggugurkan, walaupun hasil hubungan secara haram. Dek kerana takut malu, maka dibuanglah anak luar nikah itu merata-rata, malahan ada yang dibunuh, ditanam hidup-hidup. Adakah Melayu ultra kiasu masih buta?

Dalam Islam, tidak timbul setahun sekali baru mahu berkasih. Setelah bernikah, berkasih-kasihlah setiap saat dan waktu. Tidak perlu tunggu hari-hari tertentu. Sebenarlah budaya berkasih sehari adalah budaya jahiliah ultra kiasu. Tiada ada halal haram, malah yang haram menjadi halal. Dengan sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan hak asasi manusia, termasuk hubungan seks bebas, perkahwinan gay dan lesbian. Manusia lebih hina daripada binatang. Mereka mahu manusia menjadi binatang, itulah yang dinamakan valentine day pada manusia jahil ini. Fikirkanlah kata-kata saya ini apabila menyertai parti ultra kiasu.

Bekas wartawan ini juga berkata, orang Melayu dilayan dengan baik ketika berada dalam parti ultra kiasu. Satu lagi hujah dangkal. Memanglah ultra kiasu perlu bersikap sedemikian. Jika awal-awal lagi mereka sudah menutup pintu, pastinya Melayu ultra kiasu akan angkat kaki. Jika benar-benar mahu mengujikan ultra kiasu ini, syorkan supaya meletakkan ramai calon Melayu, termasuk beliau, di Bukit Bintang atau Ipoh Timur, atau mana-mana kawasan majoriti bukan Melayu. Bukannya meletakkan calon Melayu bertanding menentang sesama Melayu di kawasan majoriti Melayu. Syorkan juga supaya parti ini menyokong undang-undang Islam untuk orang Islam sahaja, bukan untuk mereka. Jawapannya pasti ada.

Hujah beliau lagi, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa UMNO dan BN bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja. Saya tidak nafikan ada kebenaran fakta tersebut, tetapi tidak seratus peratus benar. Berkali-kali saya menegur UMNO dan BN supaya berubah sebelum rebah. Perlu diingat juga, dasar UMNO dan BN selama ini turut memberi peluang kepada orang lain termasuk ultra kiasu untuk menikmati kek ekonomi yang sedia ada. Jika semua yang dilakukan UMNO dan BN buruk, sudah tentu semua ultra kiasu dan parti pembangkang yang lain berada di bawah paras kemiskinan. Persoalannya, kenapa masih ramai yang kaya raya dengan sistem yang sedia ada? Adakah kerana usaha mereka semata-mata. Sebenarnya, sistem yang sedia ada membenarkan mereka untuk menjadi kaya.

Bagaimana pula dengan kerajaan negeri pimpinan pakatan ultra kiasu, bebaskah dari kroni dan rasuah? Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja wajah-wajah ahli majlis dan tender-tender dalam majlis perbandaran. Siapakah yang bolot dan menyapu semuanya itu? Jika tidak faham Islam, tanyalah pemimpin PAS. Pasti rakan-rakan PAS akan memberikan jawapan siapakah ultra kiasu itu sebenarnya? Buat sementara ini PAS tidak ada pilihan lain, melainkan bersama ultra kiasu. Jika UMNO boleh berubah, saya yakin PAS akan meninggal ultra kiasu perkauman dan ultra kiasu Melayu ini. Selepas itu, saya cadangkan saudara pula tinggalkan ultra kiasu itu, masuklah PAS, jika UMNO bukan lagi alternatifnya, kerana saya tidak nampak perjuangan saudara dalam parti ultra kiasu boleh membawa saudara ke syurga? Perjuangan mereka jauh sekali dari landasan agama. Tanyalah ustaz-ustaz PAS jika masih jahil. Jangan lupa mendampingi ustaz-ustaz PAS ketika berada di masjid membaca yassin. Jika benar Melayu yang menyertai parti ultra kiasu ini ikhlas, beri amaran kepada ultra kiasu supaya jangan bersikap kurang ajar mencampuri hal ehwal agama Islam kerana umat Islam tidak pernah mencampuri urusan agama mereka.

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
KARENAH
SY TERBACA SATU ARTIKEL YG MANA BG SY ADALAH MENARIK UTK DIKONGSI BERSAMA DGN RAKAN2 PEMBACA YG DIPETIK OLEH DR.MAZA TENTENG PERMASALAH FUNGSI MASJID DAN SURAU BG ANAK2 KECIL..MENARIK ARTIKEL INI...

MAAF ANAKKU! MEREKA TIDAK MESRA DENGANMU
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu ini saya pulang sekejap ke tanahair. Bukan cuti, tetapi kerana menyambut kehadiran bayi baru. Segala puji bagi al-Wahhab; Tuhan Yang Maha Pemberi. Setiap ibubapa berdoa agar bayi yang lahir ke dunia sihat dan sejahtera. Islam tidak pernah membezakan nilai antara bayi lelaki dan perempuan. Sekalipun ada beberapa hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita, tetapi itu tidak merujuk kepada nilai, sebaliknya kepada latar fizikal dan psikologi setiap gender.

Allah mengutuk masyarakat jahiliah Mekah yang merasa hina dengan kelahiran bayi perempuan. Firman Allah:

(maksudnya) dan apabila dikhabarkan kepada seseorang mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, hitamlah (muram) mukanya sepanjang hari dalam keadaan dia menahan perasaan marahnya. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (malu) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang memperolehi anak perempuan, sambil dia berfikir) adakah dia akan memeliharanya, atau dia akan memasukkannya ke dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu”. (Surah al-Nahl: 58-59).

Petua

Ada petua kononnya menyatakan jika ibu selalu baca Surah Maryam, maka akan dapat anak perempuan dan jika selalu membaca Yusuf akan mendapat anak lelaki. Inilah petua rekaan segelintir ‘ahli motivasi’ yang cuba menarik perhatian mereka yang minat agama.

Pemberi kurnia bayi lelaki ataupun perempuan hanya Allah. Dia Penentu mutlak. Bilakah Allah berfirman ataupun berjanji sesiapa yang membaca surah tertentu maka akan dikurnia jantina anak menurut pilihannya. Ketentuan jantina atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui. Hanya doa yang mustajab sahaja yang dinaskan dalam hal ini. Sedang isteri ‘Imran yang bercita-cita untuk mendapat anak lelaki dengan nazar untuk dijadikan orang yang berkhidmat sepenuh masa kepada agama Allah, dikurniakan anak perempuan. Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran:

“(ingatlah) ketika isteri ‘Imran berkata: “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. Maka apabila dia melahirkannya, dia berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedangkan aku harapkan anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dia lahirkan – dan lelaki bukan seperti perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku memohon untuknya perlindunganMU, demikian untuk zuriat keturunannya dari syaitan yang kena rejam”. (35-36)

Mesra

Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak. Islam tidak pernah melayankan kanak-kanak dengan layanan yang hina seperti yang dilakukan oleh sebahagian ahli masjid. Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang antara seorang dengan Allah. Kata Abu Qatadah al-Ansari:

“Rasulullah s.a.w pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah, anak kepada (suaminya) Abi al-‘As bin Rabi’ah bin ‘Abd Shams. Apabila baginda mahu sujud baginda meletakkannya. Apabila bangun baginda mendukungnya kembali” (Riwayat al-Bukhari).

Inilah kemesraan agama dengan kehidupan kanak-kanak. Kemesraan seperti ini tidak kelihatan dalam kejumudan fikiran sesetengah orang yang enggan melihat agamanya dari jendela sunnah Nabi s.a.w tetapi lebih selesa dengan ikutan golongan yang keras dan menghukum agama menurut perasaan mereka yang hambar. Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain -rawi hadis tidak pasti- menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:

“Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya”.

Suasana yang mesra ini telah melahir generasi muda yang mewarisi generasi tua yang sentiasa merasakan tiada dinding penghalang antara mereka dan agama ini. Sejak dari kecil mereka diraikan. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari).

Dihalau Ke Belakang

Kita mendengar kanak-kanak yang sudah pun boleh bersolat dihalau oleh orang tua ‘berlagak pandai’ ke belakang. Kemudian menengking anak-anak kerana tidak serius dalam solat. Apa tidaknya, mereka bersama saf dengan kanak-kanak yang lain. Tentu kenakalan itu kadang-kala muncul. Jika mereka duduk di samping bapa mereka tentu mereka dapat dididik adab solat berjemaah. Untuk menghalalkan perbuatan tidak mesra kanak-kanak itu dipilihlah fatwa yang menyatakan kanak-kanak belum berkhatan itu najis. Satu saf akan batal sebab bawah kulit kanak-kanak itu ada najis.

Saya selalu bertanya: “apakah bawah kulit orang tua dan dalam perut orang tua tiada najis?!! Jangan memilih pendapat-pendapat fekah yang menyusahkan dan menghilangkan semangat dakwah Islam sedangkan kita mempunyai banyak pilihan pendapat yang lebih munasabah.

Ketika Ibn ‘Abbas masih kanak-kanak, beliau bercerita:

“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari).

Kata Anas bin Malik :

“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).

Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.

Didik

Kita diperintahkan menyuruh anak-anak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan tujuan mendidik pada usia sepuluh tahun. Sabda Nabi s.a.w:

“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Ertinya ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Ertinya, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga solat sebati dengannya dan dia mengasihi solat.

Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan.

Jika bapanya bersolat di masjid dia bersama bapanya bersolat. Dia memerhati dan melihat pergerakan bapanya. Bagaimana rukuk, sujud dan segala pergerakan yang lain. Jika dia dihalau jauh ke belakang bersama anak-anak lain yang tidak tahu sepertinya, apakah yang dapat dia pelajari?! Ada masjid menempatkan saf kanak-kanak bagaikan ‘makhluk jijik’ yang tidak boleh sentuh. Kemudian mereka mungkin bising sesama mereka, maka akan ada orang dewasa yang menengking dan menghalau mereka balik.

Bahkan perbuatan orang tua menghalau kanak-kanak dari saf dan mengambil tempat mereka telah menyanggahi adab Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w

“Jangan seseorang membangunkan orang lain dari tempatnya, kemudian dia duduk di situ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Perbuatan menyakitkan hati bapanya, merisaukannya dan menjadikan anak-anak yang sudah tahu bersolat itu merasa betapa mereka tidak diraikan dalam agama ini.

Adab

Namun ini bukan tidak bererti anak-anak dibiarkan membuat bising dan mengganggu orang lain yang sedang bersolat, sebaliknya mereka dididik dan ditegur dengan cara yang baik oleh ibubapa dan masyarakat. Masjid juga bukan tempat ibubapa melepaskan tanggungjawab anak-anak bising di rumah dibawa untuk bising di masjid. Cuma pastikan mereka tidak dilayan dengan cara yang menyebabkan mereka membesar dalam keadaan merasakan institusi agama amat tidak mesra dengan mereka. Kadang-kala mereka bising disebabkan cara kita mengatur mereka, hal ini mesti dibaiki.

Anak-anak membesar dalam agama ini dengan didikan yang lunak. Kata sahabiyyah Nabi s.a.w yang bernama al-Rubaiyyi’ binti Muawwiz:

“..selepas itu kami pun berpuasa dan menjadikan anak-anak kecil kami berpuasa. Jika Allah kehendaki, kami juga pergi ke masjid membawa mereka. Kami buat untuk mereka mainan dari bulu berwarna. Jika mereka menangis lapar kami berikan mainan tersebut sehingga sampai waktu berbuka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban).

Demikian agama ini berkembang dalam kehidupan anak-anak dengan pujkan. Ia tidak berkembang dengan kebencian dan anggapan mereka itu pengacau dan seumpamanya. Mereka dididik dan dikawal agar tidak mengganggu orang lain, namun dengan mesra. Jika masih tidak terkawal, barulah ibubapa sepatut tidak membawa ke masjid atau selainnya. Kadang-kala sikap masyarakat menyebabkan ibubapa rasa bersalah tanpa sebab apabila membawa anak ke masjid. Maaf anakku, mereka itu tidak mesra denganmu! Namun, itu bukan ajaran Nabimu…
Perihal murtad dan zakat

MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Sedih

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Tangkap

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.

Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):

“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:

“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

BUKA KAN SEDIKIT KEWARASAN BERFIKIR

Monday, July 18, 2011

Jangan terperangkap permainan licik ultra kiasu

(Sinar Harian 18 Jul 2011)

Isu ahli politik ultra kiasu berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis bergema lagi. Malah kali ini lebih hebat. Ia dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Saya tidak nampak akan keperluan menggunakan hujah tersebut, kerana golongan ini sejak dari dahulu lagi begitu bongkak dengan keturunan atau lebih obsess dengan hujah-hujah dari sumber bangsanya sendiri dan sumber-sumber barat. Kenapa sejak akhir-akhir ini Quran dan Hadis menjadi mainan bibir?

Saya harap umat Islam tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk ke Putrajaya. Jika mereka tertarik dengan Islam, sudah lama mereka memeluk Islam atau bersetuju dengan suruhan dan larangan Islam, yang juga merupakan ajaran agama mereka. Kenapa tiba-tiba Quran dan Hadis dijadikan sandaran berhujah? Cubalah baca taktik ini dari sudut psikologi berbalik agar tidak tertipu. Janganlah berselindung hanya disebabkan oleh kepentingan politik sehingga tidak kenal kawan dan lawan.

Jika mereka sudah berlembut dengan Melayu dan Islam, paling tidakpun, mereka tidak segan silu untuk memakai baju Melayu dan songkok ketika pembukaan DUN atau Parlimen sebagai tanda penghormatan dan penerimaan Islam sebagai agama persekutuan dan orang Melayu Islam sebagai bangsa majoriti. Ini tidak, mereka akan mencari seribu satu alasan untuk mengelakkan diri dari memakai ‘pakaian Islam’ tersebut. Saya berani mengatakan mereka memandang hina kepada cara hidup Melayu dan Islam.

Selama inipun mereka tidak pernah menggunakan ayat al-Quran dan Hadis, kenapa tiba-tiba mereka kelihatan sudah berubah? Apakah hati mereka terbuka dan bersedia menerima Islam? Jika mereka benar-benaru tertarik dengan nilai-nilai Islam, mari kita sama-sama daulatkan suruhan agama dahulu seperti menutup aurat, mengharamkan zina, judi dan sebagainya. Saya cadangkan mereka memetik ayat Quran, soal pengharaman judi, arak, riba, zina dan lain-lain lagi.

Kenapa tidak berhujah menggunakan atau mengambil ayat Quran dan hadis dalam perkara-perkara sebesar ini yang menimbulkan kegawatan sosial? Golongan ini amat licik, mereka akan manipulasikan isu yang menyebelahi mereka, dan menolak perkara yang tidak menyebelahi mereka. Mereka sanggup korbankan agama semata-mata untuk kepentingan politik. Saya tidak mengatakan mereka sahaja yang tidak betul. Kitapun kadangkala tidak betul. Menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagian. Sedangkan semua tahu bahawa kita perlu menerima Islam sepenuhnya.

Tujuan ultra kiasu tidak lain, untuk memukau umat Islam supaya mereka ini hebat. Selepas ini sekutu mereka akan berhujah, “Tengok! UMNOpun tidak berhujah menggunakan Quran Hadis, malah menolak Islam, bukankah lebih baik kita menyokong bukan Islam (ultra kiasu) ini”. Di penghujungnya nanti Umno yang salah, ultra kiasu yang betul.

Ini terbukti apabila ketua ulamak Pas mempertahankan tindakan ADUN ultra kiasu tersebut. Katanya, Pas berpendirian bahawa mempelajari tentang Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. “Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam. Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

Persoalan saya, jika benar-benar mereka percaya kepada Quran dan hadis sudah tentu mereka akan menyokong setiap tindak-tanduk dan dasar-dasar Pas di Kedah dan Kelantan?

Saya tidak kata ultra kiasu tidak boleh berhujah menggunakan Quran dan Hadis, tetapi saya cuba membaca di sebalik taktik mereka yang licik ini. Malah saya tidak akan halang mereka menggunakan kalimah Allah dan membaca Quran jika mereka ini sejak awal lagi ikhlas dan tidak menentang Islam. Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar. Apabila kerajaan Kelantan mahu mengharamkan arak, judi, nombor ekor dan sebagainya, merekalah yang paling awal menentang.

Saya tidak kata Umno sudah baik. Malah masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Tetapi jika diberi pilihan antara mempercayai Umno dengan ultra kiasu. Sudah tentu saya memilih Umno. Seburuk-buruk Umno mereka tetap seakidah dan mengucapkan dua kalimah syahadah seperti kita semua. Kita tetap bersaudara walaupun dipisahkan oleh batasan politik, bangsa, bahasa dan warna kulit yang berbeza.

Saya sudah cukup masak dengan taktik mereka untuk mencairkan hati orang Melayu Islam. Mereka begitu masak dengan membaca psikologi orang Melayu. Cuma kita sahaja yang terlalu bersangka baik dan tidak mahu mengambil tahu ataupun berusaha untuk mengkaji psikologi ultra kiasu. Akhirnya, dilihat dari sudut mana sekalipun, kita tetap kalah. Mereka bersatu dalam senyap. Kita terus berperang secara terbuka.

Saya amat musykil kenapa mereka tidak berhujah menggunakan sumber agama atau ajaran masing-masing. Tidak kurang nilai-nilai baik turut diucapkan oleh Konfucius, Lau Tzu, Mencius, Buddha dan sebagainya? Kenapa Islam yang perlu ditonjolkan?

Sama ada mereka ikhlas dengan Islam atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah ultra kiasu tetap ultra kiasu. Sukar untuk dipercayai.

Jika ultra kiasu benar-benar yakin dengan nilai-nilai Islam mereka sepatutnya menyokong Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Antara kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Parti ultra kiasu Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan ini. Mereka tetap mahu pusat hiburan beroperasi tidak kira bulan apa sekalipun. Adakah mereka sensitif dengan perasaan Melayu dan Islam? Jika ini pendirian mereka, adakah wajarkah kita bersangka baik dengan ultra kiasu ini? Adakah mereka benar-benar insaf dan percaya kepada Quran dan Hadis? Janganlah kita buta semata-mata hendak menumbangkan Umno. Umno boleh datang dan pergi, begitu juga dengan Pas, kerana Umno atau Pas bukan Tuhan.

Umno dan Pas hanyalah parti politik yang diilhamkan oleh manusia atau ciptaan manusia. Ilham dan ciptaan manusia akan lenyap bila tiba masanya. Ciptaan manusia tidak akan mampu mengatasi ciptaan Allah SWT. Apa yang cipta oleh Allah SWT, dunia dan seisinya, juga akan musnah suatu hari ini apabila berlaku kiamat. Yang akan kekal hanya Allah SWT Maha Berkuasa dengan segala apa yang telah dicipta dan akan diwujudkan. Justeru, sebagai makhluk ciptaanNya, janganlah kita terlalu mendabik dada dan bongkak, sehingga tidak dapat membezakan antara saudara dekat dengan saudara jauh atau kawan dengan musuh.

Pada saya Umno dan Pas tidak penting. Apa yang penting adalah pastikan umat Islam memerintah bukan diperintah. Namakan apa jua parti yang akan wujud, selagi mana parti itu memperjuangkan dan menegakkan agama Allah SWT, menjaga umatnya dan tidak bersekongkol dengan musuh, saya pasti akan menyokong.

Belajarlah dari sejarah. Kita dapat lihat dengan jelas, apabila negara asalnya kepunyaan umat Islam dan kemudian diperintah oleh bukan Islam, betapa malangnya nasib umat Islam. Mereka bukan sahaja merempat di bumi sendiri, tetapi sampai ke peringkat ditindas, dianiaya malah ada yang dibunuh, dan jangan harap agama Islam dapat berkembang subur. Jangan pergi jauh lihatlah saudara kita di Singapura. Tidak perlu saya ulas panjang apa yang berlaku di Palestin.

Berbanding dengan apabila Islam memerintah sama ada di negara asalnya atau di negara yang asalnya bukan Islam, orang bukan Islam dapat hidup senang lenang, malah hak-hak mereka dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Inilah keadilan Islam. Kenapa? Jawapannya, kita akan ditanya oleh Allah SWT apa yang kita telah lakukan terhadap mereka. Sejarah Islam memerintah Sepanyol memang tidak dapat dipadamkan. Lihatlah keadilan Islam yang terpancar. Malangnya hari ini, keadilan itu tidak dapat lagi dilihat kerana umat Islam telah diperintah setelah jatuhnya empayar Othmaniyyah.

Lebih malang lagi, negara-negara Islam tidak dapat memberikan contoh terbaik. Negara yang diperintah oleh umat Islam sendiri, berserabut dengan masalah dalaman dan perpecahan yang tidak pernah berkesudahan, dibelenggu dengan kemiskinan, dan menjadi umat pengguna semata-mata, bukannya mencipta. Bukan Islam akan memastikan, umat tidak akan naik atau berkuasa kembali.

Saya masih teringat kata-kata seorang ahli politik Perancis, komunis bukanlah ancaman bagi barat. Barat pernah menghadapi komunis sebelum ini, dari segi politik ketenteraan. Bahaya sebenarnya yang mengancam ultra kiasu adalah bahaya Islam. Umat Islam pernah menguasai Eropah. Umat Islam mewarisi semangat jihad yang tinggi. Islam juga memiliki peradaban hebat. Islam pernah dinobatkan sebagai tamadun besar dunia tanpa memerlukan proses pembaratan. Ini hakikat yang tidak dapat dinafikan. Perancangan licik musuh-musuh Islam sudah berakar umbi beribu tahun lamanya. Tidak senang dengan kewujudan Islam, mereka tidak berdiam diri malah mengatur strategi menyerang umat Islam dari setiap penjuru. Sedar atau tidak, sasaran utama adalah pemimpin kepada umat Islam. Jangan kita buta hanya kerana kepentingan politik.

Sentimen politik kepartian kalangan kita terlampau tinggi sehingga menjadi kita buta dalam menilai saudara sendiri. Kita selalu menuduh Umno menolak Islam, tetapi kita juga tumpang semangkok dengan program-program pengislaman Umno seperti perbankan Islam, insuran Islam, pendidikan Islam, mahkamah Syariah dan berbagai lagi produk-produk Islam yang telah diperkenalkan oleh Umno. Sepatutnya Pas bertindak memperkemaskan atau memperkuatkan atau menambahkan lagi program-program Islam sedia ada. Bukannya berdolak dalih daripada negara Islam kepada negara kebajikan. Memang negara kebajikan itu adalah juga sebahagian program dalam negara Islam. Persoalannya, di manakah perjuangan negara Islam dan undang-undang Islam selama ini?

Apakah Pas yakin bahawa mereka boleh melaksanakan undang-undang Islam apabila ditakdirkan mereka memerintah nanti, jika parti ultra kiasu dan PKR tidak merestuinya. Sekarang inipun kerajaan negeri Kedah begitu sukar untuk menutup pusat hiburan ketika Ramadhan selama sebulan. Apatah lagi untuk menutup sepenuhnya. Apakah sekiranya selepas ini Pakatan Rakyat memerintah, mereka dapat melaksanakan Islam sepenuhnya atau sekadar meneruskan sahaja program-program yang dilaksanakan oleh Umno?

Saya tidak menafikan bahawa korupsi dan rasuah tidaklah begitu ketara di bawah kerajaan pimpinan Pas. Saya memuji ketelusan itu walaupun tidak sepenuhnya ia berjalan. Kroni-kroni masih lagi diutamakan terutama dalammemberikan projek-projek kepada ahli-ahli mereka sahaja termasuk perlantikan ahli majlis perbandaran dan dewan bandaraya. Justeru, sudah sampai masa kita membuat muhasabah diri.

Akhirnya, sekalung takziah saya ucapkan atas pemergian ahli parlimen Titiwangsa yang telah menyahut panggilan Ilahi terlebih dahulu. Marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti politik, ideologi, warna kulit dan sebagainya menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarhamah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solehah. Al-Fatihah.
BERSATULAH BANGSA KU
Semakin hari semakin teruk krisis yg dihadapi di bumi Malaysia. Krisis politik yg hilang pertimbangan akal yg waras, setelah lama berdekad2 polemik politik ini tidak ada kata sepakat. Retak menanti belah, tidak mahu menunggu belah, tetapi mengharapkan tampalan gam yg jitu supaya tersambung retakan ini,,,, harapan anak watan utk melihat bangsanya bersatu, supaya dapat menaikkan darjat agama ketempat yg terulung..... Nasib melayu di bumi melayu....

Saya tertarik dgn kalimah dr Mufti Perlis Dr Juanda Jaya memperkatakan isu yg meletihkan ini,,,,

Nukilan Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)…bosan pertelingkahan 33 tahun PAS-UMNO

Saya – sambil memohon petunjuk daripada Allah SWT di bumi Madinah Al-Munauwarah – dengan rendah diri menyeru semua pihak yang mempunyai pengaruh politik di kalangan umat Islam di Malaysia, untuk melakukan dakwah musolahah agar masalih ‘ulya (maslahat-maslahat utama) bagi agama Islam kekal terpelihara.

Khilaf adalah perkara tabii bagi manusia. Begitu juga ittifaq (kesepakatan) adalah perkara tabii juga bagi manusia. Tetapi untuk khilaf buat selama-lamanya, ia suatu keganjilan, ketakburan dan kebodohan.

Lantaran itu, Hamas dan Fatah di Palestin yang telah bertelingkah selama 4 tahun sejak 2006, telah kembali bersatu dan berdamai beberapa hari yang lalu. Mereka berjanji untuk memadamkan semua lembaran hitam sejarah yang tercatat antara mereka setelah menyedari masalih ‘ulya rakyat Palestin tergugat akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa yang meluaskan jurang kejahatan Yahudi Zionis terhadap mereka.

Di Malaysia, gugatan musuh Islam pasti wujud secara terang-terangan atau tersembunyi kiranya khilaf dikalangan umat Islam tidak diurus dengan bijaksana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya.

Kemusnahan Afghanistan dan Iraq hingga kini akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa sewajarnya menjadi guru terbaik untuk mengajar umat Islam tentang pentingnya masalih ‘ulya umat Islam diutamakan, bukannya kepentingan peribadi, kuasa puak dan pengaruh kumpulan.

Para pejuang Islam perlu sedar bahawa mereka berjuang untuk agama Allah, bukannya untuk kepentingan peribadi dan puak.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, maka dia adalah pejuang pada jalan Allah”.

Takfir amat berbahaya

Al-haq (kebenaran) itu adalah milik Allah, bukannya milik mana-mana individu atau puak. Manusia hanya mampu berusaha dan berijtihad di bawah lembayung nas al-Quran dan al-Hadis untuk menilai dirinya, apakah Al-haq itu sudah dihampiri atau apakah dia sudah terkena talbis iblis (belitan Iblis) akibat dirinya tidak bebas daripada kongkongan hawa nafsu syahwat dan kegilaan kepada dunia dan kuasa.

Oleh itu, tiada siapa boleh mendakwa bahawa kebenaran itu dimonopoli oleh diri atau puaknya. Sebenarnya, setiap Muslim Mukmin yang berusaha menegakkan agama Allah adalah menghampiri al-haq.

Sikap suka bersangka buruk sesama Muslim Mukmin adalah amat dikeji oleh Islam. Tiada nas yang membolehkan hal ini. Apatah lagi sikap buruk sangka itu menjadikan dirinya lebih mawaddah (mengasihi) kepada si kafir kerana mahu melepaskan dendam kepada sesama Muslim. Islam menganjurkan untuk sentiasa bersangka baik sesama Muslim kerana ia adalah tuntutan Iman, sehingga Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

Merendahkan kedudukan Muslim Mukmin yang berdosa lebih rendah daripada kedudukan si kafir akibat tohmahan dan dakwaan perlakuan maksiat yang belum jelas buktinya adalah bukan sikap Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini adalah ijmak para ulama Ahli Sunnah. Mana mungkin Muslim walaupun dia berdosa lebih rendah drjatnya di sisi Allah daripada si kafir.

Sikap suka merendahkan ini kadang-kadang hingga ke tahap takfir amat berbahaya dan sering menjadi punca pertelingkahan tanpa kesudahan di kalangan umat Islam. Inilah punca munculnya golongan Khawarij, Syiah, Muktazilah dan pelbagai aliran lain.

Majoriti senyap umat Islam di Malaysia pastinya sudah amat letih dengan pertelingkahan dua kuasa besar Melayu-Islam di Malaysia iaitu Umno dan PAS. Pertelingkahan 33 tahun sejak 1978 itu sudah amat lama untuk ditangisi.

Tangan ghaib orang kafir

Pihak-pihak yang terlibat dalam pertelingkahan itu hampir kesemuanya sudah menghadap Rabbul Jalil untuk dinilai sama ada benar atau salahnya tindakan mereka.

Generasi baru yang moderate sudah pasti muak dengan sikap ekstrim yang wujud di celah-celah kematangan berpolitik dua gergasi politik di Malaysia ini. Dalam pada itu, semuanya risau dengan tangan-tangan ghaib orang kafir yang pasti mengambil kesempatan atas pertelingkahan ini.

Tiada Muslim Malaysia yang naif dalam hal ini. Bahkan mereka optimis dengan pulangan yang baik untuk umat Islam jika pertelingkahan ini diakhiri secepat mungkin.

Saya menyeru kedua-dua pihak agar dapat duduk semeja dengan kedua-duanya menunjukkan husnun niyyah (niat baik) demi menjunjung tinggi titah perintah Allah dan Rasul yang menuntut orang mukmin agar sentiasa bekerjasama atas kebaikan dan takwa, bukannya atas perkara dosa dan permusuhan.

Larangan dan kemurkaan Allah SWT ini jelas dinyatakan dalam ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

Permusuhan lama itu perlu dipadamkan untuk selama-lamanya! Musolahah adalah seruan al-Quran kepada semua pihak apabila berlaku perbalahan dalam apa bentuk sekalipun.

Peranan lebih besar pada PAS

Renungilah sedalam-dalamnya dua ayat yang selalu dibaca secara sekerat-kerat sahaja, yang sebenarnya jika ditadabburkan, Allah SWT memerintahkan para Mukminin apabila bertelagah, maka mesti ada pihak berusaha mendamaikan antara mereka bagi memenuhi tuntutan Mukminin sebagai bersaudara.

Firman Allah SWT dalam ayat 9 dan 10 Surah al-Hujurat yang bermaksud:

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Kedua gergasi politik Muslimin di Malaysia ini punya kekuatan yang amat besar yang kiranya dimanfaatkan, ia amat baik untuk mempercepatkan impian penegakan Islam secara menyeluruh di Malaysia. Umno berusaha dalam kadar kemampuannya, manakala PAS pula wajar diberikan peranan yang lebih besar agar ia turut menyumbang ke arah penegakan Islam yang syumul di Malaysia.

Suatu hal yang diketahui umum, hampir kesemua sarjana dan ulama Islam luar negara yang datang ke Malaysia memperakui secara terbuka tentang pelaksanaan Islam di Malaysia sehingga ada yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

Pengiktirafan yang terakhir adalah sewaktu lawatan Imam Besar Masjidil Haram al-Shaikh Professor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz al-Sudays, yang juga merupakan alim besar dan professor usul fekah di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Hal ini tidak wajar diperdebatkan kerana ia bersifat terlalu akademik dan epistimologi.

Saya dengan ini menyeru pihak-pihak yang berkenaan untuk melakukan dakwah musolahah – seruan perdamaian. Ini adalah seruan Islam, bukan hanya politik, kerana politik adalah sebahagian daripada agama. Kewajipan umat Islam adalah menegakkan agama dan jangan bertelingkah dalam urusan menegakkan agama.

Hak persaudaraan Islam

Renungilah sedalam-dalamnya maksud firman Allah SWT dalam ayat 13 dan 14 Surah al-Syura yang menjelaskan tentang tugas para Nabi dan umatnya:

“Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukum-Nya – apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: ‘Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya’. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamanya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).

“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. dan Sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap kitab itu.”.

Respons yang baik daripada kedua-dua pihak yang menyatakan bahawa pintu perdamaian dan kerjasama tidak pernah ditutup adalah petanda yang amat menggembirakan umat Islam. Manakan tidak, Muslim Mukmin pasti amat gembira melihat saudaranya yang bertelingkah itu bersatu demi menunaikan titah perintah Allah dan Rasul.

Masing-masing menyedari bahawa huquq ukhuwah islamiyah (hak persaudaran Islam) mesti dijaga kerana ia adalah tuntutan iman yang utama. Inilah sikap Muslim Mukmin yang terpuji. Oleh itu, amat wajar semua pihak bermuhasabah dalam – usaha menegakkan agama Allah – bahawa diri masing-masing punya kelemahan kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu menyucikan dirimu (memuji-muji diri sendiri), Dialah Allah yang Maha Mengetahui siapa yang paling bertakwa.”

Seruan ini bukanlah untuk merendahkan kedudukan mana-mana pihak. Saya yakin para ulama dan tokoh Islam yang cintakan kedamaian dan pembangunan Islam yang lebih syumul dan menyeluruh bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya untuk melihat kesatuan di kalangan umat Islam yang pastinya didambakan oleh seluruh majoriti senyap umat Islam di Malaysia. Semoga Allah memberikan petunjuk hidayah kepada semua.

Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Subhanallah Taa'ala...........

BERSATU
Semakin hari semakin teruk krisis yg dihadapi di bumi Malaysia. Krisis politik yg hilang pertimbangan akal yg waras, setelah lama berdekad2 polemik politik ini tidak ada kata sepakat. Retak menanti belah, tidak mahu menunggu belah, tetapi mengharapkan tampalan gam yg jitu supaya tersambung retakan itu,,,, harapan anak watan utk melihat bangsanya bersatu, supaya dapat menaikkan darjat agama ketempat yg terulung..... Nasib melayu di bumi melayu....

  • MASA ITU EMAS

    TARIKH HIJRIAH

    ALUNAN BAHASA

    --- تحلّم عن الادنين واستبق ودّهم

    --- ولن تستطيع الحام حتى تحلّما

    --- ونفسك اكرمها فانك ان تهن عليك

    --- فلن تلقى لها الدّهر مكرما

    : berlemah lembutlah dengan kaum kerabat

    : dan kekalkanlah kasih sayang kepada mereka

    : kau tidak akan mampu berlemah lembut sehinggalah kau berlatih berlemah lembut

    : dan dirimu muliakanlah, seandainya kau hina dirimu

    : maka kau tidak akan jumpa sesiapa yg akan muliakan dirimu

    Followers